Friday, August 6, 2010

Menantikan sinar baru...



setiap manusia telah diamanahkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab dalam muka bumi ini..
bermula daripada lahirnya seorang manusia itu hingga tiba ajalnya..
selain menjadi hamba kepada tuhan yang maha satu...
kita sentiasa memikul tanggungjawab2 lain yang sentiasa wujud dalam diri manusia..
menjadi seorang khalifah dalam dunia nyata ni bukan suatu yang mudah untuk diperlakukan..
berhadapan dengan cabaran hidup yang hadir bersilih ganti..
kadang2 kita alpa..kadang2 kita tewas..kadang2 kita akan putus asa...
mengharungi tanggungjawab sebenar kita dalam dunia ni...

menjadikan sesuatu yang terbaik dalam hidup aku..
adalah moto yang aku pikul mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia..
setiap ape yang aku pertanggungjawabkan..
aku akan memastikan segalanya akan diperlakukan dengan sebaik yang aku mampu..
sememngnya aku ni seorag yang mempunyai cita2 yang tinggi..
dan aku mempunyai keazaman untuk mengapai ape yang aku impikan..
walau terpaksa menunggu masa yang lama..
tapi kadang2..mengharapkan sesuatu hasil itu menjadi yang terbaik akan menyebabkan aku berhadapan dengan risiko..risiko kejatuhan..
bila ape yang kita harapkan tersebut..
tidak seperti ape yang kita impikan..

macam2 cerita..macam2 peristiwa..aku pernah alami..
kadang kala peristiwa tersebut tidak mampu untuk aku rungkaikan kembali..
walau bertahun peristiwa tersebut berlalu..
apatah lagi perasaan ketika mula2 menghadapinya...
terasa memang pedih apabila sesuatu yang benar2 kita harapkan hasilnya yang terbaik..
bertukar menjadi sesuatu yang tidak dapat kita bayangkan akan terjadi sedemikian..
dulu aku seorang yang tidak dapat menrima hakikat..sebab aku tidak bersedia menghadapi segala risiko kejatuhan dalam diri aku..
bila kita beranggapan segalanya akan berjalan sempurna..
tanpa kita sedar segalanya telah berakhir..

sememangnya adat bertaruh dalam dunia ni memang sebegitu..
bila besar impian yang kita bina..besar jugak kecewanya..
ape yang berlaku membuatkan anak mata ini terus terbuka dengan luas..
mencari konklusi bagi setiap permasalahan yang timbul..

seorang tua pernah berkata pada aku..
"kalau kail panjang sejengkal..jangan harap nak dapat ikan tenggiri..."
aku tergelak mendengar ayat tersebut pada pertama kali..
bunyi agak jenaka dan kelakar bila didengar..
tapi aku berfikir kebenaran pada setiap ayat tersebut..
kalau kail kita hanya panjang sejengkal...tak payah nak bercita2 untuk dapatkan ikan tenggiri..
sebab ikan tu duduk kat dasar lautan..
memang tepat ayat tersebut..
seolah2 aku mendapat jawapan bagi permasalahan aku..
"kalau kita tidak sebaik yang diharapkan..kita jangan mengharapkan hasil yang terbaik.."

kini...aku mengukur baju pada badan sendiri..
aku telah mengalami revolusi baru dalah kehidupan..
menilai tahap terbaik dalam diri aku...
mengenalpasti kebolehan dan kelemahan dalam diri..
dan meninjau sejauh mana yang aku boleh capai..
aku kini tidak boleh lagi kerap memandang terlalu jauh..
mengharapkan segala perancangan hidup aku pada jangka masa panjang akan berjalan sempurna selamanya...
aku perlu memikirkan risiko kejatuhan..
sebab aku perlu bersedia..untuk bangkit semula apabila jatuh nanti..

dan aku tidak lagi mengharapkan sesuatu yang sempurna akan aku miliki..
bagi aku...aku perlu melihat kesempurnaan dalam diri aku dulu..
baru aku boleh memikirkan untuk memliki sesuatu yang sempurna..
tapi memang takde ape pon dalam dunia ni yang sempurna..huhuhu..

kepada family..sahabat..teman..kawan..rakan..dan "mereka" yang telah mencatitkan peristiwa kejatuhan pada diri aku..
tak ada niat yang buruk melainkan ucapan terima kasih..
sebab tanpa mereka..
aku takkan terbuka minda untuk terus berfikir..
mencari sinar baru dalam realiti kehidupan sekarang..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment