Tuesday, June 28, 2011

::...Lelaki YAng Patah Sayap Kirinya...::




Engkau lelaki yang patah sayap kirinya
Menanggalkan baju dukamu di hamparan kenangan
Melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
Ingin terbang menerpa bulan
Sambil mengilik sebungkus impian.


Tak kau hirau rayuan pungguk berhiba lara
Yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
Kau dengan kental semangat menjerkah gerhana
Dan menahan mentari daripada meminta gilirannya.


Terbanglah lelaki yang patah sayap kirinya
Berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia.


Kau bukan lelaki pilu yang merenung jendela
Setiap kali purnama senyum atau retak di balik ara
Kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta
Dari sinar mata pemilik kejora.


~..Rozais al-Anamy..~





www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment