Thursday, September 30, 2010

Perkara Yang Kita Tak Perasan Atau Saja Tak Nak ade Perasaan...

Pernah tak korang terpikir perkara2 camni dalam hidup korang..???


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini yang menyayangi anda dalam beberapa cara...

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda...

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda....

5. Setiap malam ada seseorang akan mengingati anda sebelum dia tidur...

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang...

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia hari ini...

8. Anda seorang yang istimewa dan unik...

9. Seseorang yang anda tidak ketahui amat menyayangi anda...

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya...

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula. Mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini..
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya .

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Ambillah sedikit masa kepada mereka yang memerlukan anda..
dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang itu atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


sekadar renungan je..fikir2 kan la agak2 logik ke tak semua tu pada korang...=)
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment