Monday, September 20, 2010

..Perginya Seorang Teman...

Dua minggu pulang ke rumah bonda tercinta menyambut raye bsame2 1 keluarga cukup membuatkan hati aku masih belum puas..rase sekejap je dua minggu tu..huhu.
namun aku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bersama2 menyambut raye dengan keluarga aku...

tapi dalam aku bergembira menyambut hari raye...aku sebenarnye masih lagi bersedih atas pemergian seorang rakan seperjuangan..
perginya tak kembali lagi ketika kita sedang sibuk melakukan persiapan untuk hari raye..
satu kejutan yang tak disangka diterima oleh aku..
rase kesal kerana tak sempat bermaafan dengan beliau sebelum dirinya pergi buat selama2nya..

buat arwah MOHD SYARAFIE BIN MOHD SAULI...semoga roh mu dirahmati oleh-Nya..amin..
Al Fatihah...~




berita pemergiannya amat memeranjatkan..
dan kisah tragedi yang berlaku padanya amat menyayat hati..
aku yang hanya mampu untuk mendengar apa yang telah berlaku padanya..
pon tak dapat membayangkan keadaannya ketika saat pemergiannya..
nyawanya pergi di atas jalan raya..
pulang untuk menyambut raye bersama keluarga...
sungguh menyedihkan.....

sebenarnya dah ramai gak kenalan2 aku pergi untuk selama2nya...
kebanyakannya semua atas jalan raya...
terase insaf seketika...
aku rase bersyukur kerana walaupun laju camne pon aku bawak moto..
walau teruk camne pon aku eksiden...
tapi tuhan masih memberikan aku peluang untuk terus hidup lagi...

berita tersebut seakan2 memberikan satu petunjuk pada aku...
untuk lebih berhati2 ketika merempit dengan moto...
kerana setiap saat aku memperjudikan nyawa sendiri atas jalan raya...
dan aku tau ramai yang menunggu kepulangan aku dengan selamat...
aku termenung berfikir sejenak...
jika perkara yang sama berlaku pada aku jua..
terasa sebak membayangkan wajah family aku..mereka2 yang menyayangi aku...
Insyaallah segalanya akan selamat....~

buat keluarga arwah...
semoga dapat menerima takdir ini dengan redha...
dan aku mendoakan roh arwah tergolong dalam orang2 yang diredhai-Nya..
amin.....~
www.tips-fb.com

2 comments: